Saya Chef Ana pada ari ni ingin memperkenalkan resepi 3 selepas tempoyak yg kononnya menyelerakan tu tp xtaula setakat mana seleranya...Khas untuk Cik Kristin " SAYApun PANDAI MASAK TAU" so jangan jeles walaupun sebenarnya resepi ini di masak oleh mak mertua I...OOpsss, terbagi tau plak.
Untuk tidak membuang resepi yang ada mari saya perkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat PENGAT LABU PEKAN ini..
Bahan-bahannya:
1 biji labu (dibelah 8 dan dipotong 2)
250 gm Gula Melaka
250 ml Pati Santan
2 helai Daun Pandan
Cara-cara Memasak:
- Masukkan labu yang sudah dipotong tadi bersama sedikit air dan gula melaka, kemudian rebuskan dengan api yang perlahan.
- Tutup periuk, biarkan labu dan gula melaka tadi mesra.
- Apabila labu sudah separuh empuk, masukkan pati santan dan biarkan ia menggelegak sehingga labu masak. (Untuk memekatkan kuah pengat, tambahlah santan)
- Pengat Labu siap dimasak dan bolehlah dihidangkan...
Jadi apa tunggu lagi puan-puan, walaupun resepi ini agak simple tapi rase die betul-betul KAW...wa cakap lu, belum cuba belum tau..Kecik di bawah, besar di ataskannn.....So, selamat mencuba
No comments:
Post a Comment