Monday, August 30, 2010

Pengat Labu Pekan

SALAM SEJAHTERA YER PUAN-PUAN..

Saya Chef Ana pada ari ni ingin memperkenalkan resepi 3 selepas tempoyak yg kononnya menyelerakan tu tp xtaula setakat mana seleranya...Khas untuk Cik Kristin " SAYApun PANDAI MASAK TAU" so jangan jeles walaupun sebenarnya resepi ini di masak oleh mak mertua I...OOpsss, terbagi tau plak.

Untuk tidak membuang resepi yang ada mari saya perkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat PENGAT LABU PEKAN ini..


Bahan-bahannya:

1 biji labu (dibelah 8 dan dipotong 2)
250 gm Gula Melaka
250 ml Pati Santan
2 helai Daun Pandan

Cara-cara Memasak:
  1. Masukkan labu yang sudah dipotong tadi bersama sedikit air dan gula melaka, kemudian rebuskan dengan api yang perlahan.
  2. Tutup periuk, biarkan labu dan gula melaka tadi mesra.
  3. Apabila labu sudah separuh empuk, masukkan pati santan dan biarkan ia menggelegak sehingga labu masak. (Untuk memekatkan kuah pengat, tambahlah santan)
  4. Pengat Labu siap dimasak dan bolehlah dihidangkan...


 Jadi apa tunggu lagi puan-puan, walaupun resepi ini agak simple tapi rase die betul-betul KAW...wa cakap lu, belum cuba belum tau..Kecik di bawah, besar di ataskannn.....So, selamat mencuba

No comments:

Post a Comment